Dermapen adalah teknik microneedling yang menyebabkan kecederaan kulit secara halus untuk meningkatkan penyerapan dan penyampaian bahan ke dalam kulit, iaitu dermis.
Dermapen depigment diperkaya dengan depigment solution yang akan mempercepatkan pembaikian kulit dan pada masa yang sama mengurangkan jeragat.
Jeragat
Parut Hitam
Tona Kulit Tak Sekata
Rawatan ini sesuai untuk yang berkulit normal, kering, berminyak dan kombinasi.
1. Memudarkan jeragat
2. Mengurangkan parut hitam
3. Cerahkan kulit
Rawatan Dermapen Depigment ini mengambil masa dalam 1 jam 45 minit hingga 2 jam 30 minit*
*Termasuk masa rawatan asas sebelum Dermapen: Diamond Silk Peel
Oleh kerana terdapat kecederaan halus (micro) di kulit, kulit akan nampak merah selama 3-5 hari selepas rawatan.*
Kemerahan boleh dikurangkan 1-2 hari jika mengamalkan post-care yang betul
Pengelupasan halus boleh berlaku selama 3-5 hari.
Hari 1-2 = Kulit kelihatan kemerahan
Hari 3-5 = Pengelupasan halus berlaku*
*Pengelupasan halus tertakluk pada setiap individu
Jarak antara sesi adalah 3 minggu, supaya kolagen dalam kulit terhasil dan kecederaan halus pulih.
Sebelum mulakan rawatan, consultant akan membuat pemeriksaan kulit terlebih dahulu dan melakukan skin analysis untuk kenal pasti masalah kulit dan rawatan yang sesuai.
Krim kebas yang bersesuaian akan digunakan sebelum rawatan dermapen supaya kulit akan rasa selesa sepanjang rawatan.
Dermapen depigment menggunakan solution depigment yang berfungsi merawat kerosakan dari cahaya matahari dan memudarkan jeragat dari lapisan dalam (dermis).