OxyCryo ialah rawatan yang serta-merta membantu dalam proses penyembuhan kulit dengan memerangkap kelembapan, mengurangkan risiko jangkitan dan keradangan, menggalakkan pembentukan kolagen dan mempercepatkan pertumbuhan semula kulit yang rosak.
OxyCryo™ ialah sistem rawatan dan kecantikan muka berasaskan oksigen tulen.
Sistem Facial OxyCryo™ menyampaikan oksigen asli dan nutrien penting kepada kulit melalui semburan yang menenangkan dan tanpa sentuhan
OxyCryo™ Facial sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya untuk kulit sensitif selepas prosedur estetik.
Kulit Kering
Kulit Merah
Kulit Sensitif
Kulit Bengkak
Rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit; kulit normal, kulit kombinasi, kulit berminyak, kulit kering dan kulit sensitif.
1. Mengurangkan bengkak selepas rawatan
2. Tiada downtime
3. Meredakan kulit yang rosak
4. Penjagaan kulit yang merah dan jeragat
Rawatan Oxycryo ini mengambil masa dalam 45 minit hingga 1 jam.
Rawatan Oxycryo ini tiada downtime (tiada kemerahan), malah rawatan ini akan mengurangkan kemerahan sedia ada.
Kulit tidak mengelupas selepas membuat Oxycryo.
Jarak antara sesi adalah 2 minggu, namun begitu disarankan buat secepat mungkin selepas kulit burn/ terdedah dengan cahaya matahari yang berpanjangan.
Sebelum mulakan rawatan, consultant akan membuat pemeriksaan kulit terlebih dahulu dan melakukan skin analysis untuk kenal pasti masalah kulit dan rawatan yang sesuai.
Rawatan Oxycryo adalah gentle, melegakan dan tidak sakit.
Rawatan oxycryo menggunakan oksigen asli dari tangki dan juga bahan- bahan melembapkan kulit untuk mengurangkan kemerahan dan keradangan di kulit. Ia juga digunakan selepas rawatan yang melibatkan downtime seperti dermapen dan laser untuk percepatkan kulit sembuh.