Dermapen adalah teknik microneedling yang menyebabkan kecederaan kulit secara halus untuk meransang pertumbuhan kulit baru dan penghasilan kolagen yang banyak.
Dermapen Acne Scar menggunakan teknologi dan formulasi terkini untuk menghasilkan kolagen yang tinggi di samping membaiki kerosakan di lapisan dalam kulit. Kulit akan tampak lebih rata dan parut nampak pudar selepas buat rawatan dermapen.
Parut Jerawat
Parut Hitam (PIH)
Parut Lekuk
Rawatan ini sesuai untuk kulit jenis normal, kering, berminyak dan kombinasi.
1. Menghilangkan parut hitam
2. Menghilangkan parut lekuk
3. Antipenuaan
Rawatan Acne Scar ini mengambil masa dalam 1 jam 45 minit hingga 2 jam 30 minit*
*Termasuk masa rawatan asas sebelum Dermapen: Diamond Silk Peel
Oleh kerana terdapat kecederaan halus (micro) di kulit, kulit akan nampak merah selama 3-5 hari selepas rawatan.*
Kemerahan boleh dikurangkan 1-2 hari jika mengamalkan post-care yang betul
Pengelupasan halus boleh berlaku selama 3-5 hari.
Hari 1-2 = Kulit kelihatan kemerahan
Hari 3-5 = Pengelupasan halus berlaku*
*Pengelupasan halus tertakluk pada setiap individu
Jarak antara sesi adalah 3 minggu, supaya kolagen dalam kulit terhasil dan kecederaan halus pulih.
Sebelum mulakan rawatan, consultant akan membuat pemeriksaan kulit terlebih dahulu dan melakukan skin analysis untuk kenal pasti masalah kulit dan rawatan yang sesuai.
Krim kebas yang bersesuaian akan digunakan sebelum rawatan dermapen supaya kulit akan rasa selesa sepanjang rawatan.
Dermapen Acne Scar menggunakan Epidermal Growth Factor (EGF) untuk mempercepatkan pertumbuhan kulit, mempertingkatkan penghasilan kolagen dalam lapisan kulit dalam (dermis) dan membaiki kerosakan yang ditinggalkan parut jerawat.