Ultimate glow therapy menggabungkan rawatan Diamond Silk Peel & Chemical peel untuk memberikan kesan glow yang lebih ketara, instant dan selamat.
Kulit akan dibersihkan menggunakan teknik microdermabrasion Diamond Silk Peel untuk meningkatkan keberkesanan chemical peel. Chemical peel yang dibuat akan terus meresap ke dalam kulit menjadikan kulit lebih cerah dan glow selepas satu sesi.
Jeragat
Tona Kulit Tak Sekata
Pori Tersumbat
Rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit sensitif.
1. Maintain kulit glow
2. Sekatakan warna kulit
3. Pudarkan jeragat
Rawatan Ultimate Glow Therapy ini mengambil masa dalam 1 jam hingga 1 jam 30 minit.
Kulit tiada kemerahan selepas rawatan Ultimate Glow Therapy.
Oleh sebab Ultimate Glow Therapy membuang lapisan kulit mati, kulit akan terasa sedikit kering selepas rawatan & pengelupasan halus boleh berlaku.
Jarak antara sesi adalah 2 minggu, untuk memberi peluang kulit baru terhasil.
Sebelum mulakan rawatan, consultant akan membuat pemeriksaan kulit terlebih dahulu dan melakukan skin analysis untuk kenal pasti masalah kulit dan rawatan yang sesuai.
Rawatan Ultimate Glow Therapy ini tidak sakit. Walaubagaimanapun, sesetengah klien akan merasa ‘tingling’ di permukaan kulit.
Ultimate glow therapy merupakan rawatan combo Diamond Silk Peel & Pigment Peel (chemical peel) untuk memberikan kesan glow dan bersih pada kulit.