3 Sebab Kenapa Kulit Jadi Kering

mysense
Published on 02/06/2022
Kulit kering

Share on

Hi guys, it been quite a while ada update, so kali ini kita nak share sikit sebab ramai ada masalah ini: Kulit Kering.

Tanda- Tanda Kulit Kering

Anda mungkin menghadapi kulit kering jika anda rasakan kulit anda rasa ketat, bersisik atau kasar. Jika lagi teruk, kulit anda mengelupas, ada crack dan rasa gatal jika berada dalam bilik yang mempunyai penyaman udara (aircond)

Sebelum tu, penting untuk saya share apa beza hydration & moisture

Hydration dalam erti kata lain air atau kelembapan dalam kulit kita. Moisture pula di sini membawa erti memastikan kelembapan tersebut terkunci di dalam kulit atau menghalang kelembapan tadi untuk keluar.

Kita juga mempunyai moisture yang semula jadi berada di kulit iaitu lapisan minyak yang dikenali sebagai sebum. Sebum ini lah bertujuan untuk memastikan kelembapan dalam kulit tidak keluar ke udara.

Jadi apa yang menyebabkan kulit anda rasa kering? Jom lihat beberapa sebab yang paling utama dan selalu berlaku di kalangan remaja dan dewasa.

1. Memakai skincare yang mengeringkan kulit

Pencuci muka antara nya boleh membuang sebum/ minyak yang semula jadi dalam kulit dan menyebabkan kulit kering.

Pencuci muka yang mengandungi SLS, paraben atau yang sangat berbuih boleh menyebabkan kulit sangat kering. Cara nak tahu pencuci muka anda mengeringkan: selepas cuci muka tu rasa kulit ketat dan tegang.

2. Tidak cukup hydration

Hydration tu bersamaan dengan air/ kelembapan yang berada di kulit. Kelembapan ini boleh datang dari dua benda, iaitu air dari dalam badan, dan air dari luar. Air dari dalam badan ini bermaksud tahap/ kekerapann minum air seseorang, samada cukup atau tidak. Cukupnya air dalam badan akan memastikan semua organ dalam badan mendapat darah dan oksigen yang cukup untuk berfungsi dengan baik, termasuklah kulit kita.

 

Untuk pengetahuan anda, di hospital/ klinik, kulit adalah antara benda pertama yang diperiksa oleh doktor untuk memastikan seseorang cukup air dan peraliran darah.

Air dari luar bermaksud skincare yang kita pakai. Air boleh ditambah melalui bahan- bahan seperti hyaluronic acid, urea, honey, aloe vera dan bahan- bahan lain yang dikenali sebagai humectant, berfungsi untuk menarik kelembapan ke kulit.

3. Tak cukup moisturize

Boleh jadi disebabkan anda bekerja atau tidur dalam bilik yang sejuk/ aircond, kulit anda menjadi kering.


Apa sahaja kelembapan yang berada dalam kulit kita termasuklah mengambil wuduk, memakai hydrating toner atau hyaluronic acid semuanya akan meresap ke dalam kulit. Tetapi disebabkan keadaan sekeliling yang sejuk dan kering (seperti berada dalam bilik aircond), kelembapan ini boleh hilang ke udara. Itu lah fungsi moisturizer.

Kalau anda kerja/ tidur dalam bilik beraircond, saya suggest anda pakai moisturizer. Jika anda dah pakai moisturizer tapi still tak cukup, anda boleh consider tukar kepada moisturizer yang lebih pekat seperti lotion/ cream.

Lain orang, lain kulit

Berdasarkan sebab- sebab di atas, yang mana anda rasa yang menyebabkan kulit anda kering? Biasanya, jika anda selesaikan masalah-masalah di atas, dalam 4-6 minggu, kulit anda akan kembali normal, iaitu tak kering dan tak berminyak. Kulit akan berada dalam keadaan seimbang. Kalau anda rasa nak jimat masa, nak lembapkan kulit sekarang juga, boleh datang ke Narqes Skintelligent untuk dapatkan rawatan. Next artikel kita akan cover tentang rawatan melembapkan kulit bernama Oxycryo. Jumpa nanti.

Dr Muhammad Imran

Skincare enthusiast & Aesthetic Medicine

Narqes Skintelligent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel-artikel terkini

detox facial
Penjagaan diri

Detox Facial: Manfaat untuk Kulit Berminyak & Berjerawat

Detox Facial: Manfaat untuk Kulit Berminyak & Berjerawat Kulit berminyak dan berjerawat sering kali menjadi masalah bagi banyak orang. Faktor-faktor seperti perubahan hormon, pemakanan, stres, ...
Continue reading
medispa near me
Beauty

What Makes a Medispa Near Me Unique? Local Experts Speak!

What Makes a Medispa Near Me Unique? Local Experts Speak! In recent years, medispa treatments have become increasingly popular as people look for effective ways ...
Continue reading
facial muka
Penjagaan diri

Facial Muka di Narqes: Solusi untuk Kulit Berminyak

Facial Muka di Narqes: Solusi untuk Kulit Berminyak Kulit berminyak adalah salah satu jenis kulit yang memerlukan perhatian dan rawatan khas. Masalah kulit berminyak sering ...
Continue reading