fbpx

AQUA PEEL

SIGNATURE TREATMENT

OVERVIEW

Narqes sentiasa memberikan rawatan yang terbaik buat anda

Rawatan Aqua Peel sangat berkesan dan rawatan ini juga sangat gentle pada kulit anda. Aqua Peel adalah rawatan muka bulanan yang sempurna untuk anda lakukan.

Sebaik sahaja kulit mati dibuang, serum akan menyerap ke dalam permukaan kulit. Serum ini dipilih khusus untuk merawat keadaan kulit anda.

SAINS

Aqua Peel membuang kulit mati menggunakan teknologi berasaskan air

Berbeza dengan microdermabrasion yang menyebabkan pengelupasan halus, Aqua Peel membuang kulit mati menggunakan teknologi berasaskan air.

Hujung peranti Aqua Peel dilengkapi dengan teknologi pusaran yang memusingkan sel-sel kulit mati yang kusam dan mengeluarkan serpihan dari liang-liang anda dengan lembut – tanpa sebarang tekanan atau cubitan.

Rawatan Aqua Peel fokus kepada menyelesaikan masalah

Kulit Kusam

Pori Tersumbat

SIGNATURE TREATMENT

Aqua Peel

Rawatan ini sesuai untuk semua jenis kulit; kulit normal, kulit kombinasi, kulit sensitif, kulit berminyak dan kulit kering.

Kebaikan Aqua Peel

1. Membuang sel sel kulit mati
2. Mengurangkan blackhead/ whitehead/ pori tersumbat
3. Nampak kulit lebih cerah
4. Kulit terasa lembap
5. Memudahkan skincare menyerap masuk ke kulit

Rawatan Aqua Peel ini mengambil masa dalam 45 minit hingga 1 jam.

Rawatan Aqua Peel ini tiada downtime (tiada kemerahan).

Kulit tidak mengelupas selepas membuat Aqua Peel.

Jarak antara sesi adalah 2 minggu, untuk memberi peluang kulit baru terhasil.

Sebelum mulakan rawatan, consultant akan membuat pemeriksaan kulit terlebih dahulu dan melakukan skin analysis untuk kenal pasti masalah kulit dan rawatan yang sesuai.

Rawatan Aqua Peel adalah gentle dan tidak sakit.

Rawatan Aqua Peel mengandungi 8 step/ rawatan termasuk extraction untuk buang sel- sel kulit mati dan kotoran, radiofrequency untuk tingkatkan kolagen, face massage untuk meransang peredaran darah dan fototherapi untuk antiaging.