fbpx

Dermapen Meso Acne

MICRONEEDLING

OVERVIEW

Narqes sentiasa memberikan rawatan yang terbaik buat anda

Dermapen adalah teknik microneedling yang menyebabkan kecederaan kulit secara halus untuk meningkatkan penyerapan dan penyampaian bahan ke dalam kulit, terutama pada bahagian jerawat

SAINS

Diformulasikan untuk mengurangkan keradangan/ kemerahan yang terhasil dari jerawat

Rawatan meso acne diperkaya dengan bahan- bahan soothing dan anti-kemerahan supaya jerawat cepat terawat.

Rawatan Dermapen Meso Acne fokus kepada menyelesaikan masalah

Jerawat Halus

Parut Hitam

MICRONEEDLING

Dermapen Meso Acne

Rawatan ini sesuai untuk yang berkulit normal, kering, berminyak, kombinasi dan berjerawat.

Kebaikan Dermapen Meso Acne

1. Mengurangkan keradangan dari jerawat
2. Cerahkan kulit
3. Mengurangkan parut

Rawatan Dermapen Meso Acne ini mengambil masa dalam 1 jam 45 minit hingga 2 jam 30 minit*

*Termasuk masa rawatan asas sebelum Dermapen: Diamond Silk Peel

Oleh kerana terdapat kecederaan halus (micro) di kulit, kulit akan nampak merah selama 3-5 hari selepas rawatan.*

Kemerahan boleh dikurangkan 1-2 hari jika mengamalkan post-care yang betul

Pengelupasan halus boleh berlaku selama 3-5 hari.

Hari 1-2 = Kulit kelihatan kemerahan
Hari 3-5 = Pengelupasan halus berlaku*
*Pengelupasan halus tertakluk pada setiap individu

Jarak antara sesi adalah 3 minggu, supaya kolagen dalam kulit terhasil dan kecederaan halus pulih.

Sebelum mulakan rawatan, consultant akan membuat pemeriksaan kulit terlebih dahulu dan melakukan skin analysis untuk kenal pasti masalah kulit dan rawatan yang sesuai.

Krim kebas yang bersesuaian akan digunakan sebelum rawatan dermapen supaya kulit akan rasa selesa sepanjang rawatan.

Dermapen Meso Acne menggunakan Acne Solution berfungsi untuk mengurangkan keradangan dan kemerahan jerawat supaya jerawat cepat hilang dan kecut selepas rawatan.