Parut Jerawat Lekuk: Jenis, Punca & Cara Rawat Parut Berlubang
Parut jerawat lekuk atau parut berlubang berlaku apabila proses penyembuhan jerawat menyebabkan kehilangan kolagen pada bahagian tertentu kulit. Kesannya, permukaan kulit boleh kelihatan tidak rata, berlubang atau bergelombang walaupun jerawat aktif sudah hilang. Berbeza dengan parut hitam yang melibatkan perubahan warna kulit, parut lekuk melibatkan perubahan pada struktur kulit. Sebab itu rawatan yang sesuai bergantung pada jenis lekukan seperti ice pick, boxcar atau rolling scar.
Jenis-Jenis Parut Jerawat Lekuk
- Ice Pick Scar – parut kecil tapi dalam, nampak seperti liang pori yang menusuk ke bawah.
- Boxcar Scar – berbentuk bulat atau bujur dengan tepi jelas.
- Rolling Scar – parut berlekuk luas, menyebabkan kulit nampak bergelombang.
Kenapa penting kenal jenis parut? Sebab satu jenis rawatan tidak semestinya sesuai untuk semua jenis parut. Penilaian keadaan kulit diperlukan sebelum menentukan pendekatan yang sesuai.
Kenapa Jerawat Boleh Tinggalkan Parut Lekuk?
Antara punca utama parut jerawat lekuk termasuk:
- jerawat yang mengalami keradangan lebih dalam,
- kerosakan tisu ketika proses jerawat aktif.
- Kekurangan kolagen semasa kulit sembuh.
- memicit atau mengorek jerawat.
- lambat mengawal jerawat radang.
Rawatan Parut Jerawat Lekuk Bergantung Pada Jenis Parut
Rawatan parut jerawat lekuk memerlukan prosedur klinikal kerana krim biasa tidak mampu menutup lekukan kulit. Antara rawatan terbaik ialah:
- Microneedling (Dermapen) – Microneedling mencipta micro-injury terkawal pada kulit untuk merangsang proses pembaikan dan pembentukan kolagen. Ia lazim digunakan untuk membantu memperbaiki tekstur dan sesetengah jenis atrophic acne scars..
- Laser Treatment – Sesetengah teknologi laser digunakan untuk membantu proses skin resurfacing dan memperbaiki tekstur kulit.u.
- TCA CROSS – Pendekatan ini lebih khusus kepada lekukan tertentu, terutama parut yang kecil dan lebih dalam. Kesesuaian perlu dinilai berdasarkan jenis dan kedalaman parut.
- Skin Booster – melembapkan kulit dan mempercepatkan pemulihan parut.
Boleh Ke Parut Jerawat Lekuk Hilang Sendiri?
Parut jerawat lekuk melibatkan perubahan struktur pada kulit, jadi ia biasanya tidak berubah dengan cara yang sama seperti bekas jerawat yang hanya melibatkan warna. Tahap perubahan juga berbeza mengikut kedalaman, jenis parut dan keadaan kulit seseorang. Skincare boleh membantu menjaga keadaan kulit secara umum, tetapi parut yang melibatkan perubahan tekstur mungkin memerlukan penilaian dan rawatan profesional.
Parut lekuk berbeza dengan parut hitam dari segi struktur kulit dan cara rawatan. Kalau anda nak faham lebih lanjut, baca panduan berapa lama parut jerawat akan hilang .
Soalan Lazim (FAQ) Tentang Parut Jerawat Lekuk
1. Bolehkah parut jerawat lekuk hilang dengan krim?
Krim biasanya hanya membantu pada parut jerawat gelap. Untuk parut lekuk, rawatan klinikal seperti laser atau dermapen lebih berkesan.
2. Berapa lama masa untuk nampak hasil rawatan parut jerawat lekuk?
Kebanyakan orang mula nampak perubahan selepas 3–6 sesi rawatan bergantung pada tahap parut.
3. Adakah rawatan parut jerawat sakit?
Kebanyakan rawatan menggunakan krim kebas, jadi rasa sakit minimum dan boleh ditahan.
4. Berapakah kos rawatan parut jerawat lekuk?
Kos berbeza mengikut rawatan, biasanya bermula dari ratusan hingga ribuan ringgit.
Kesimpulan
Parut jerawat lekuk memang mencabar, tetapi ia boleh dirawat dengan prosedur klinikal yang betul. Rawatan seperti dermapen, laser dan tca adalah pilihan terbaik untuk meratakan kulit. Jangan biarkan parut mengganggu keyakinan diri – dapatkan rawatan profesional di Narqes untuk kulit lebih licin dan sihat.
👉 Tak pasti parut anda jenis ice pick, boxcar atau rolling scar? Dapatkan konsultasi dan analisis kulit di NARQES. Consultant akan menilai keadaan kulit terlebih dahulu sebelum mencadangkan rawatan yang sesuai. WhatsApp NARQES untuk tempah sesi konsultasi.


