fbpx

3 Sebab Kenapa Skincare Anda Gunakan Tak Berkesan

mysense
Published on 19/09/2022

Share on

Samada anda baru pakai ataupun dah lama memakai suatu produk, atau pelbagai produk, kadang- kadang anda perasan kulit tak dapat result yang anda mahukan. So mari kita kupas dan bincang benda apa yang boleh membuatkan produk yang kita pakai ni tak berkesan.

Salah turutan

Tak semua yang kita tengok di internet ni sesuai dengan kulit kita dan skincare yang kita pakai. Pernah dengar 10 step Korean skincare tak? 12 step? Banyak kan? Kalau anda ikut turutan pakai skincare guna Korean skincare, anda akan gunakan Cleanser, Exfoliating toner, Hydrating toner, Essence, Serum & Ampoule, Sheet mask, Eye cream, Moisturizer, Sleep mask, dan Sunscreen.

Tapi tak semua jenama skincare yang anda pakai boleh mengikut turutan ni. Sebab setiap produk mempunyai kepekatan yang berbeza dan cara menamakan produk yang berbeza. Mungkin produk X adalah sangat- sangat cair berbanding produk Y tetapi syarikat X menamakan produknya sebagai essence manakala syarikat y menamakan produknya sebagai toner. Jadi adakah bermaksud kita perlu pakai toner Y dahulu berbanding essence X?

Yang sebetulnya ada dua cara memakai produk atau cara nak layer produk. Cara pertama adalah dengan memakai produk yang paling cair dahulu sehingga produk yang paling pekat. Tak kira lah walaupun namanya toner ke, serum ke, essence ke, pakailah yang paling cair dahulu sehingga yang paling pekat.

Cara yang kedua terpakai jika anda mempunyai masalah yang spesifik untuk dirawat. Contohnya, anda mempunyai parut hitam, dan anda memakai serum yang mengandungi bahan pencerah seperti niacinamide atau alpha arbutin. Untuk keadaan seperti ini, anda perlu pakai produk yang anda nak kebaikan dia yang paling banyak. Contohnya jika anda mempunyai pencuci muka, serum yang mengandungi alpha arbutin dan serum jenis hydrating, anda perlu pakai pencuci muka, kemudian diikuti serum alpha arbutin untuk cerahkan parut jerawat dan diikuti dengan serum jenis hydrating.

Skin barrier rosak

Ada bahan di dalam skincare yang boleh menyebabkan skin barrier rosak jika tidak digunakan dengan betul. Skin barrier tu adalah satu lapisan perlindungan kulit yang normal didapati di kulit semua orang. Jika lapisan ini rosak, kulit tak dapat lindungi dari kemerahan dan kekeringan.

Pakai lah apa skincare sekalipun selagi tak repair skin barrier kulit, kulit akan terus merah dan kering, kadang- kadang mengelupas.

Salah simpan

Sesetengah bahan dalam skincare boleh rosak jika terdedah dengan suhu yang panas dan cahaya matahari. Seperti contoh, vitamin C adalah bahan yang tidak stabil dan boleh teroksida, kurang efisyen apabila terkena cahaya matahari atau berada dalam keadaan yang panas.

Kami harap ini dapat menjelaskan salah faham dengan rutin skincare anda. Hendaklah kita sentiasa remind diri kita juga bahawa skincare memerlukan kesabaran dan try & error. Kulit kita semua berbeza- beza dan mempunyai keperluan yang berbeza.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel-artikel terkini

pigmentasi
Penjagaan diri

4 Cara Mudah Melindungi Kulit dari Pigmentasi I Narqes

Pendahuluan Pigmentasi adalah masalah kulit yang sering dialami oleh ramai orang, di mana bintik-bintik gelap muncul pada kulit akibat peningkatan produksi melanin. Hal ini dapat ...
Continue reading
jerawat di muka
Skincare

Mengatasi Jerawat: Tips untuk Kulit yang Sihat l Narqes

Pendahuluan Jerawat di muka adalah masalah kulit yang tidak asing lagi, dialami oleh ramai individu dari pelbagai peringkat umur. Terutamanya, golongan remaja dan dewasa muda ...
Continue reading
jeragat muka
Penjagaan diri

Atasi Jeragat Muka: Rahsia Kulit Berseri dan Sihat!

Pendahuluan Jeragat, atau melasma, adalah masalah kulit yang sering dialami oleh ramai orang, khususnya wanita, disebabkan oleh faktor hormon, genetik, dan pendedahan kepada sinaran UV. ...
Continue reading