fbpx

Jerawat Menghalang Anda? Ini 5 Masalah Kulit Dan Cara Merawatnya

narqes2022
Published on 25/04/2024
Rawatan Jerawat

Share on

Kenali dan Fahami 5 Masalah Kulit: Panduan Kulit Sihat dari NARQES Skintelligent Medispa

Adakah anda kerap mengalami masalah kulit seperti jerawat, hiperpigmentasi, atau penuaan kulit? Jika ya, anda tidak keseorangan. Ramai orang di seluruh dunia menghadapi masalah yang sama untuk menjaga kulit mereka supaya tetap sihat dan berseri.

Sebagai pakar dalam merawat kulit di Malaysia, kami memahami betapa pentingnya memiliki kulit yang sihat dan berseri. Memiliki kulit yang sihat dan berseri bukan sahaja dapat menaikkan keyakinan diri, malah dapat membantu dalam menjalankan perniagaan dan urusan seharian. Dalam artikel ini, kami akan membahas beberapa masalah kulit yang sering dihadapi oleh kebanyakan orang, serta solusi yang efektif untuk mengatasi masalah tersebut.Nak Dapatkan Kulit Cantik dan Kesihatan Tubuh?

 

  1. Jerawat

Jerawat adalah masalah kulit yang umum terjadi pada remaja mahupun orang dewasa. Hal ini disebabkan oleh berbagai faktor termasuk pengeluaran minyak yang berlebihan, pengumpulan sel kulit mati, dan jangkitan bakteria. Bagi mengatasi masalah jerawat, NARQES Skintelligent medispa menawarkan pelbagai rawatan termasuk facial yang mampu membersihkan pori-pori dan pengelupasan kimia (chemical peeling) untuk mengurangkan minyak berlebihan.

jeragat

2. Hiperpigmentasi

Hiperpigmentasi adalah kondisi di mana terjadi peningkatan pengeluaran melanin, yang menyebabkan tompok gelap atau jeragat pada kulit. Ini dapat disebabkan oleh paparan sinaran uv matahari, penuaan, atau keradangan kulit. Untuk mengurangkan hiperpigmentasi, NARQES Skintelligent medispa  menawarkan rawatan seperti pengelupasan kimia (chemical peeling), laser resurfacing, microneedling, microdermabrasion dan penggunaan produk pemutih kulit yang mengandung bahan-bahan seperti vitamin C.

Kulit kendur dan tua dari usia

  1. Penuaan Kulit

Penuaan kulit adalah masalah umum yang dialami oleh ramai orang seiring peningkatan usia. Ini dapat menyebabkan kulit menjadi kendur, penambahan garis halus, dan kedutan. Di NARQES Skintelligent medispa, kami menawarkan pelbagai rawatan anti-penuaan termasuk rawatan laser, radio frequency firming dan rawatan regeneratif seperti microdermabrasi dan microneedling.

Kulit kering

  1. Kulit Kering

Kulit kering adalah masalah umum yang dapat menyebabkan ketidakselesaan seperti rasa gatal dan iritasi. Ketika kulit kekurangan kelembapan, ia cenderung menjadi kusam, kasar, dan terdedah kepada iritasi. Namun dengan rawatan yang tepat, anda dapat mengatasi masalah kulit kering dan dapat semula kulit yang lembab dan berseri. Produk yang mengandungi bahan-bahan seperti asid hyaluronik, gliserin, atau minyak argan akan membantu menarik dan mengunci kelembapan di dalam kulit, membuatkan kulit berasa lembap dan lembut. Produk Sunscreen juga dapat membantu menghalang sinaran UV yang akan mengeringkan kulit dan menyebabkan iritasi.

Bukan itu sahaja, elakkan mandi dengan air panas yang berlebihan, kerana dapat menghilangkan minyak dari kulit dan membuatkan kulit jadi lebih kering. Gunakan pembersih muka yang lembut dan bebas dari sabun yang akan mengeringkan kulit. Setelah mandi, segera pakai pelembap untuk memerangkap kelembapan. Jika anda perlukan rawatan kulit kering yang dapat membantu anda dengan cepat dan berkesan, NARQES Skintelligent medispa menawarkan rawatan pelembap intensif seperti OxyCryo. Apa-apa pun, buat temujanji di NARQES Skintelligent berhampiran anda untuk mengetahui jenis kulit anda dan apa treatment terbaik untuk anda.

parut hitam pada kulit

  1. Parut Pada Kulit

Setiap parut pada kulit adalah sejarah yang ingin dilupakan. Sama ada akibat jerawat, luka, atau bekas pembedahan, parut dapat mengganggu keyakinan diri dan mengingatkan kita pada kisah silam yang mungkin ingin kita tinggalkan. Tetapi jangan risau, NARQES Skintelligent ada solusi untuk mengatasi masalah ini. Dalam menghilangkan kesan parut, penggunaan produk yang tepat adalah penting. Cari produk yang mengandungi bahan-bahan seperti vitamin C, asid hyaluronik, atau retinol, yang terbukti berkesan dalam memudarkan parut dan merangsang regenerasi kulit. Pilih produk dengan formula non-comedogenic untuk mengurangkan risiko iritasi atau timbulnya jerawat baru.

Konsistensi adalah kunci keberhasilan dalam menghilangkan parut. Gunakan produk penghilang parut secara teratur mengikut arahan yang diberikan. Dengan penggunaan yang konsisten, anda akan melihat perubahan secara beransur-ansur pada kulit Anda, dengan parut yang semakin memudar dan kulit yang semakin bersinar.

Jika anda inginkan kesan yang cepat dan mudah, anda perlu dapatkan rawatan profesional. Prosedur seperti mikrodermabrasi, laser, atau terapi pengelupasan kimia (chemical peel) boleh membantu memperbaiki tekstur kulit dan menghilangkan parut secara berkesan. NARQES Skintelligent medispa menyediakan semua rawatan ini. Datang ke sesi konsultasi dengan pakar kecantikan kami bagi membantu masalah parut anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel-artikel terkini

Rawatan Jerawat
Beauty

Devastated By Acne? This Is 5 Types Of Skin Problem And Treatment

Get To Know 5 Types Of Skin Problems: A Guide to Healthy Skin from NARQES Skintelligent Medispa Do you often experience skin problems such as ...
Continue reading
Rawatan Jerawat
Penjagaan diri

Jerawat Menghalang Anda? Ini 5 Masalah Kulit Dan Cara Merawatnya

Kenali dan Fahami 5 Masalah Kulit: Panduan Kulit Sihat dari NARQES Skintelligent Medispa Adakah anda kerap mengalami masalah kulit seperti jerawat, hiperpigmentasi, atau penuaan kulit? ...
Continue reading
Penjagaan diri

Nak Dapatkan Kulit Cantik dan Kesihatan Tubuh?

Rasai Pengalaman Kulit Cantik dan Kesihatan Tubuh Terbaik di Untuk Pertama Kali Pertama sekali, Selamat datang ke Narqes Medispa, tempat di mana kesejahteraan dan kecantikan ...
Continue reading