Botox atau Filler – Sama Tapi Tak Serupa

mysense
Published on 12/01/2021
dermapen treatment

Share on

Penuaan bukan sesuatu yang boleh dielakkan. Ianya akan dilalui oleh semua. Tak kira lelaki atau wanita, proses penuaan adalah cerita kehidupan yang biasa. Namun begitu bagi yang merasakan sukar menerima kenyataan kedut dan tua sebagai proses biasa, sering mencari alternatif bagaimana meperlambatkan proses penuaan tersebut.

Dari semua alternatif yang sentiasa berkembang maju dalam dunia kecantikan, rawatan Botox dan Filler sering menjadi buruan dan pilihan. Malahan mereka yang telah mengambil suntikan botox ataupun filler dikatakan boleh dikenali dengan mudah. Ini kerana ada ‘wajah’ tertentu yang menyamakan mereka yang memilih suntikan botox atau filler. Benarkah begitu?

 

 

Apa persamaan antara Botox dan Filler? Apakah keduanya saling berkaitan atau ada perbezaan yang ketara?

Dr. Shazwani, Aesthetic Consultant Narqes Skintelligent ada jawapan terhadap persoalan berkaitan suntikan Botox atau Filler. Menurut beliau, keduanya adalah rawatan anti penuaan yang amat berkesan melalui suntikan tetapi keduanya berbeza sekali fungsinya. Keduanya tiada persamaan kerana fungsi keduanya adalah bertunjang kepada matlamat yang berlainan. Jika ada persamaanpun, ianya tidak melibatkan proses pembedahan.

Botolinum toxin atau botox adalah sejenis toksin yang digunakan untuk melemahkan otot-otot termasuklah otot muka maupun anggota badan yang lain. Malahan mereka yang julingpun boleh dipulihkan dengan menggunakan botox. Dalam bidang estetik, botox digunakan untuk mengurangkan dynamic wrinkles. Ini bermaksud apabila berlaku pergerakan di bahagian tertentu seperti tepi mata, kening, dahi maka suntikan botox diperlukan. Ianya bagaikan proses melambatkan kedutan. Botox juga sering digunakan untuk membentuk bibir yang mungil, membesarkan mata serta memancungkan hidung.

Suntikan botox akan terserlah dalam beberapa hari sehingga dua minggu dan mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga enam bulan bergantung kepada dos dan keperluan. Hanya pakar yang boleh melakukan suntikan botox demi mengelakkan kesan komplikasi seperti alahan, bengkak dan pening.

Sementara Filler pula boleh dianggap sebagai pengganti volume. Seperti contoh jika wajah seseorang itu terlalu cengkung, maka penggunaan filler adalah pilihan terbaik. Ianya bagaikan menjadi agen untuk mengisi ‘kulit yang telah kendur, kecut dan kusam” agar kembali muda. Ada juga individu yang memilih suntikan filler untuk menaikkan hidung dan memanjangkan dagu.

Tetapi harus diingatkan suntikan Filler terbahagi kepada yang kekal dan sementara. Dr. Syazwani mencadangkan untuk pengguna filler agar memilih yang tidak kekal agar sekiranya berlaku masalah komplikasi yang tidak diingini seperti perubahan wajah kurang ‘menarik’ , ianya akan hilang dalam tempoh tertentu. Sekiranya suntikan Filler tersebut kekal, maka risiko untuk kembali ke wajah asal adalah tipis sekali.

Botox atau Filler adalah treatment anti penuaan. Anda perlu tahu semua info tentang Botox dan Filler sebelum berhasrat melakukannya. Mengikut trend kecantikan barangkali satu pilihan, tetapi perlu difahami keperluan yang sepatutnya untuk wajah anda. Tua adalah proses kehidupan. Selagi kulit anda sihat dan tubuh badan tidak berpenyakit ianya sudah menyerlahkan kecantikan sebenar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel-artikel terkini

bekas jerawat
Penjagaan diri

Purging Selepas Facial: Normal Ke Tidak, Patut Teruskan Atau Berhenti?

Bila kulit mula “naik” jerawat kecil-kecil atau bintik merah selepas buat facial, ramai terus panik. Persoalan paling biasa: ini purging atau breakout biasa? Dan lagi ...
Continue reading
Beauty

Skin Booster: Mitos Atau Realiti? Kesan Sebenarnya Pada Kulit Anda

Pengenalan Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, skin booster menjadi salah satu rawatan paling popular dalam dunia kecantikan. Sama ada di TikTok, Instagram atau review pelanggan, ...
Continue reading
Beauty

7 Kelebihan Dermapen untuk Kulit Licin dan Bebas Parut (Terbukti!)

Adakah anda bergelut dengan masalah parut jerawat yang dalam atau tekstur kulit tidak sekata? Kelebihan Dermapen kini menjadi rahsia utama bagi mereka yang inginkan kulit ...
Continue reading
0