fbpx

Cabar Diri Untuk Berjaya

narqes
Published on 21/01/2021

Share on

Kejayaan adalah impian setiap individu. Walau seringkali dihimpit kegagalan, kejayaan tetap menjadi buruan untuk membuktikan berkali gagal tidak semestinya akan berterusan gagal. Ada juga pepatah mengatakan seseorang itu tidak akan berjaya selagi tidak gagal berulangkali. Dan ada juga yang memegang prinsip, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha gigih dan bersusah-susah dahulu.

Bagaimana mengajar diri untuk sentiasa berinspirasi untuk memburu kejayaan. Apakah ada panduan tertentu atau syarat perlu diikuti, agar kejayaan menjadi milik kita. Nyatanya persoalan tentang definasi kejayaan adalah sesuatu yang subjektif bagi setiap individu bergantung kepada status, pendidikan dan keperibadian individu itu sendiri.

5 tips di bawah ini mampu menjadi titik tolak penanda aras bagaimana kejayaan yang benar-benar kejayaan dapat digenggam. Anda harus berani mencuba dan mencabar diri sendiri terlebih dahulu dalam menyusun perancangan seterusnya sepanjang pemburuan sebuah kejayaan.

1. Tetapkan Matlamat Dan Sasaran

Jika kita seringkali gagal dalam apa perkara sekalipun, kita perlu mula berjanji pada diri sendiri untuk tidak gagal pada masa akan datang. Justeru tetapkan matlamat dan sasaran yang tepat. Jika dalam soal pelajaran, anda sering ketinggalan, maka janji pada diri sendiri agar tidak lagi ketinggalan. Sekurang-kurangnya anda tidak berada dalam kelompok yang tertinggal. Berusaha untuk keluar dari zon ketinggalan itu. Dan apabila sudah mampu berganjak dari zon ketinggalan itu, tekadkan diri untuk terus berada di kelompok teratas pula.

Jika anda seorang usahawan, sentiasa letakkan sasaran agar perniagaan akan mampu berdaya saing, seperti mampu membuka cawangan baru dan sentiasa memberikan perkhidmatan lebih berkesan dan berkualiti. Dalam waktu yang sama memperbaiki sebarang masalah agar kegagalan sebelum ini tidak berulang kembali sehingga mengganggu kelancaran pemburuan kejayaan yang seterusnya.

2. Belajar Cemburu Kejayaan Pihak Lain

Cemburu adalah sikap negatif. Tetapi ianya juga boleh dilihat dari persepsi positif juga. Sebagai contoh, cemburu dengan kejayaan orang lain adalah sesuatu yang elok jika kita ingin belajar dari kejayaan mereka itu. Selidiki bagaimana mereka menjulang kejayaan serta selami pahit maung sebelum mereka berjaya.

Dapatkan info terkini bagaimana usahawan berjaya mengapai kejayaan. Tembual, buku-buku motivasi yang banyak di pasaran mampu memberi inspirasi. Selalu bertanya kepada yang pakar. Anda jangan kelihatan bodoh sombong kerana merasakan serba tahu. Sentiasa bersikap low profile dengan keinginan untuk sentiasa mempertingkatkan kualiti ilmu yang ada.

Cemburu dengan kejayaan orang lain tidak salah, tetapi yang silap apabila anda memiliki sikap cemburu yang sarat dengan hasad dengki serta niat ingin menjatuhkan pesaing anda.

 

3. Mudah Cepat Puas Hati

Definasi kejayaan bagi setiap orang adalah berbeza. Ada sesetengah daripada kita kejayaan yang sedikit sudah dianggap kejayaan yang luar biasa. Sementara mereka yang sudah berada di kemuncak pula, merasakan kejayaan mereka itu tidak bererti apa-apa.

Dua sikap tersebut, perlulah dielakkan. Samada kejayaan itu sedikit atau luar biasa, bersikap cepat puas hati adalah sikap yang wajar disingkirkan. Ianya bagaikan parasit yang akan menghalang anda untuk terus kukuh dengan kejayaan yang ada dan yang mendatang.

Apabila kita cepat puas hati, kita akan mula bersikap ambil mudah dan sambil lewa. Paling utama, samada kejayaan sedikit atau sebaliknya, jangan berhenti di situ. Teruslah perjuangan agar kejayaan akan berterusan dan sesuatu yang gemilang pasti menjadi milik anda.

 

4. Positif Minda Pemangkin Kejayaan

Dalam perjalanan meniti kejayaan seringkali akan berhadapan dengan liku-liku dugaan dan halangan. Seringkali juga bisikan yang membuatkan kita terasa ingin mengalah dan putus asa akan muncul. Jika itu yang berlaku, positifkan minda dengan kata-kata penuh bersemangat agar apa juga dugaan dapat ditewaskan dengan minda yang bervisi.

Musuh yang paling besar dalam hidup seseorang itu adalah dirinya sendiri. Jika dia dapat melawan musuh dalam dirinya sendiri, maka dia akan terus berjaya. Seterusnya dia akan sentiasa matang dan tidak emosi jika terpaksa berhadapan dengan situasi yang mencabar pada masa mendatang.

Ingatlah, positif minda akan menjadikan jiwa kita sihat dan tenang. Elakkan stress dengan sesuatu yang membuatkan minda kita negatif.

 

5. Bina Imej Yang Betul

Imej adalah sesuatu yang melambangkan siapa kita. Serlahkan pesona imej yang bersesuaian dengan kerjaya agar kita dilihat serba menawan di mata khalayak. Jangan takut untuk mencabar diri dengan sesuatu yang berbeza. Kejayaan anda itu harus diseiringkan dengan imej yang betul.

Ianya bukan bertujuan untuk riak, sombong maupun berlagak. Imej yang betul dan diseimbangkan dengan kejayaan yang dimiliki adalah pemangkin untuk anda terus berjaya pada masa akan datang. Anda perlu dilihat berada dalam kelas tersendiri di sebalik kejayaan anda itu.

Kejayaan bukan hak milik sesiapa. Ianya eksklusif untuk mereka yang sentiasa ingin memperbaiki kelemahan diri, berusaha gigih dan tanpa mengaku kalah. Teruslah memburu kejayaan kerana untuk gagal atau berjaya semuanya terletak pada diri anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel-artikel terkini

https://pin.it/11nVTxhSv
Penjagaan diri

Turkish Beauty Tricks Since Ancient Time

Did you know what are the secret behind Turkish beauty? Well if you don’t, we gladly are here to reveal it. Previously when we visited ...
Continue reading
Skincare

The Benefit of Facial Treatment

Facial Treatment Undoubtedly, one of the most well-liked and sought-after spa services is a cosmetic facial. This is understandable because receiving a facial involves being ...
Continue reading
Skincare

Fungsi Exfoliate Untuk Seri Wajah

Bila kali terakhir anda exfoliate kulit wajah? Sejauh manakah pentingnya exfoliate untuk kesihatan kulit? Jika ianya penting, exfoliate yang bagaimana perlu untuk masalah kulit? Dalam ...
Continue reading