fbpx

Fungsi Exfoliate Untuk Seri Wajah

narqes
Published on 20/09/2022

Share on

Bila kali terakhir anda exfoliate kulit wajah? Sejauh manakah pentingnya exfoliate untuk kesihatan kulit? Jika ianya penting, exfoliate yang bagaimana perlu untuk masalah kulit?

Dalam istilah kecantikan, exfoliate merujuk kepada proses mengelupas sel-sel mati pada permukaan kulit untuk menyerlahkan ‘wajah bersih segar’ kulit yang kusam, kurang bermaya dan tidak berseri.

Jika kurang atau jarang exfoliate akan menyebabkan pori-pori tersumbat dengan kotoran serta mengundang bakteria yang sekaligus menyebabkan masalah kulit seperti jerawat, jeragat, tona kulit tidak sekata dan paling memudaratkan menjadi terlalu kering dan berminyak.

Sebelum untuk melakukan exfoliate, pekara penting yang perlu dikenal pasti adalah jenis kulit. Ini amat perlu dititikberatkan agar proses exfoliate bersesuaian dengan masalah kulit. Berapa kerap perlu exfoliate bergantung kepada jenis kulit itu sendiri. Ada yang boleh di exfoliate secara kerap, dan ada juga perlu dikurangkan kekerapan kerana ianya akan lebih memudaratkan jika keterlaluan.

Partikel dalam setiap produk exfoliate adalah sangat kecil dan lembut sesuai untuk semua jenis kulit tetapi untuk kulit sensitif, partikel tersebut akan mengundang kesan sampingan. Justeru untuk exfoliate secara fizikal, fizikal partikel exfoliate itu perlu mengikut masalah kulit itu sendiri.

Jenis kulit wajah boleh dikenalpasti oleh kandungan air pada kulit yang mempengaruhi keanjalan kulit, prestasi sensitiviti kulit terhadap alahan bahan kimia atau zat tertentu dan kandungan minyak yang menentukan kelembutan dan kesihatan kulit itu sendiri.

Berdasarkan faktor tersebut maka kenali lima jenis kulit ini untuk anda lebih memahami kondisi kulit anda.

1. Kulit Normal

Adalah impian setiap kita untuk memiliki kulit normal yang senang digandingkan dengan apa juga skincare. Kondisi kulit yang seimbang, tidak terlalu kering atau berminyak, amat sesuai dengan apa juga produk exfoliate. Dalam erti kata lain, exfoliate boleh dilakukan secara kerap untuk mengekalkan kesihatan kulit. Expoliate dua tiga kali seminggu sudah mencukupi. Exfoliate yang berasaskan AHA (glycolic acid, lactic acid dan malic acid) adalah pilihan terbaik untuk si kulit normal

2. Kulit Kering

Secara asasnya kulit kering terjadi lantaran rendahnya tahap kelembapan pada lapisan kulit luar. Ianya akan menyebabkan kulit menjadi kering, merekah dan mengelupas, bersisik, merengas serta adakalanya gatal-gatal. Permukaan kulit luar kelihatan kasar dan kusam serta kurang anjal. Antara punca kulit kering adalah faktor keturunan, perubahan hormon, selaran matahari, cuaca yang terlalu sejuk, pertambahan umur, mandi air panas, kesan daripada pengambilan ubat dan produk kosmetik.

Expoliate untuk kulit kering perlu dilakukan sekali atau tiga kali seminggu. Gunakan hydrating mask atau serum sebaik sahaja selepas expoliate untuk mengurangkan kehilangan kelembapan. Ultra Hydra Lotion Narges Skintelligent antara produk pilihan kerana emollient di dalamnya amat membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit.

3. Kulit Berminyak

Produksi minyak atau sebum yang berlebihan pada kulit adalah asas kepada kulit berminyak. Meskipun sebum berfungsi untuk melembabkan dan melindungi kulit, namun kerana lebihan minyak yang keterlaluan menyebabkan pori-pori tersumbat dan mengundang jerawat. Dikatakan terjadinya lebihan sebum ini disebabkan oleh faktor keturunan, stress dan perubahan hormon. Mereka yang kulit berminyak akan memiliki pori-pori besar, muka berkilat tetapi kusam, mudah berjerawat dan senang merengsa.

Untuk expoliate kulit berminyak, elakkan produk yang kasar dan boleh menimbulkan rengsa pada kulit. Dua kali seminggu sudah memadai. Expoliate berasaskan glycolic atau salicylic acid adalah pilihan terbaik. Ianya berfungsi melembutkan kulit dan dalam waktu yang sama menyingkirkan kotoran di kulit terutama ketika pori tersumbat akibat solekan dan partikel persekitaran.

4. Kulit Sensitif

Memiliki kulit sensitif adalah beban yang terpaksa ditanggung kerana ianya mengundang alahan, ruam, kegatalan akibat respon kepada faktor permakanan, persekitaran dan penggunaan produk skincare. Kulit sensitif mudah mengelupas, gatal, kering, merengsa dan pedih kemerahan.

Kulit sensitif perlu di exfoliate sekali seminggu sahaja dengan produk yang lembut, sejuk, menenangkan dan tidak menimbulkan alahan. Produk exfoliate yang mengandungi formulasi PHA ( gluconolactone, galactose, lactobionic) wajar dijadikan pilihan. Gunakan pelembab dan krim seperti Ultra Hydra Lotion Narqes Skintelligent sekiranya kulit anda mengalami iritasi.

5. Kulit Kombinasi

Kombinasi kulit berminyak dan kering adalah definasi tepat untuk mereka yang berkulit kombinasi. Kawasan zon t iaitu dahi, hidung dan dagu memiliki minyak, sementara pipi dalam kategori kering. Mereka yang berkulit kombinasi disebabkan oleh faktor keturunan dan perubahan hormone ketika akil baligh.

Seperti mereka yang kulit berminyak, exfoliate lah dua hingga tiga kali seminggu secara berselang. Formulasi produk exfoliate berasaskan AHA sesuai digunakan dalam skincare cleanser dan serum. Jika kulit kombinasi agak sensitif pilihlah produk yang lembut dan kurang alahan.

Di Narqes Skintelligent, Botanical Exfoliating Scrub dan Ultra Hydra Lotion adalah antara produk terbaik untuk exfoliate kulit anda. Partikel halus di dalam keduanya mampu merawat masalah kulit anda. Paling penting selepas itu pakailah sunscreen untuk kesan yang lebih merawat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel-artikel terkini

Spielen Bei Feuer Speiender Berg (umgangssprachlich) Vegas Casino Pass Away Casino Games Sowie Gewinnen! - 170

Vulcan Vegas Bestes Сasino Mit Bonus Codes Für Bestehende Kunden, Attraktiven Willkommensbonus, Promo Codes Für Freispiele

Mit unserem kleinsten Deposit sichert ihr euch dieses Startguthaben von 20 Euro. Wer living area kompletten Neukundenbonus des Online Casinos beanspruchen will, zahlt three hundred ...
Continue reading
Vulkan Vegas Casino One Hundred Free Rounds Bonus 2024 ~10 000 Lustige Witze - 459

Online” “On Line Casino Bonus Top 55 Casinos Bis Zu 1000

Dafür wählen Sie zeitweilig einfach Ihr Bonus Konto aus darüber hinaus klicken dort herauf Auszahlung. Für nick Auszahlung steht dauernd dieselbe Option bereit, die Selbige ...
Continue reading
Vulkan Vegas Casino One Hundred Free Rounds Bonus 2024 ~10 000 Lustige Witze - 459

Bewertungen Zu Vulkanvegas Lesen Sie Kundenbewertungen Zu Vulkanvegas Com 2 Von 51

Die Zahlungsmethoden können ebenso variieren, je jetzt, nachdem aus welchem Land” “Sie spielen. Das Zocken der Live-Casinospiele ist natürlich genauso einfach auf welche weise das ...
Continue reading