Vitamin C – Suplemen atau Buah Lebih Kualiti?

mysense
Published on 19/09/2022

Share on

Vitamin C antara vitamin yang popular dan menjadi pilihan sebagai agen kesihatan serta kecantikan. Justeru keberkesanan dan kemujaraban vitamin C sentiasa diperkatakan dan dipromosi sehingga adakalanya terdapat percanggahan mitos dan fakta. Ada yang mengatakan perlu mengambil vitamin C dalam kuantiti yang besar untuk kesan yang lebih berkesan, tidak kurang juga mengatakan hanya dengan menikmati buah-buahan sudah memadai.

 

14 fakta di bawah ini penting untuk diketahui jika anda ingin kosumi Vitamin C:

  1. Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik merupakan vitamin yang mudah larut. Ianya boleh diperolehi daripada buah-buahan dan suplemen kesihatan.

  2. Tubuh badan tidak menghasilkan vitamin C. Pengambilan yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing, justeru pengambilan dos yang bersesuaian dengan rujukan dari pakar perubatan amatlah perlu agar pengambilan vitamin C tidak mengganggu kondisi tubuh.

  3. Keperluan utama vitamin C bertujuan untuk kesihatan, merawat dan agen awet muda. Pengambilan yang berterusan akan membentuk kolagen, mempertingkatkan imuniti tubuh dan memudahkan penyerapan zat besi.

  4. Buah-buahan adalah agen utama vitamin C. Antara buah-buahan yang perlu diambil untuk merasai jumlah vitamin C yang berkesan adalah oren, mangga, anggur, kiwi, jambu batu, delima dan durian belanda. Sementara tomato, bayam dan brokoli antara sayur-sayuran yang memiliki kandungan vitamin C yang besar. Kolagen di dalam vitamin C mampu menjadikan kulit anjal, sihat, putih dan berseri. Untuk kesan yang lebih berkesan, ambillah suplemen kesihatan berbanding buah-buahan.

  5. Masalah penyakit seperti sakit sendi, anemia, scurvy dapat diatasi dengan pengambilan vitamin C. Jika anda ada masalah gusi dan gigi, vitamin C juga pilihan terbaik.

  6. Jumlah vitamin C yang diperlukan untuk setiap hari adalah diantara 75mg – 500mg berdasarkan keperluan tubuh.

  7. Sebiji buah jambu batu mengandungi 206mg vitamin C manakala sebiji oren mengandungi 59mg – 83mg vitamin C

  8. Memiliki ciri-ciri anti oksida yang dikatakan mampu mengelakkan penyakit seperti kanser maupun gelala ringan selesema.

  9. Pengambilan vitamin C secara berlebihan sehingga 2000mg akan menggangu fungsi buah pinggang dan tanpa sedar akan merosakkannya. Masalah batu karang dan cirit birit juga akan berlaku sekiranya vitamin C diambil dalam dos yang tinggi.

  10. Untuk ibu yang mengandung, menyusu atau mereka yang alah dengan vitamin C, golongan ini tidak digalakkan mengambil vitamin C.

  11. Keberkesanan vitamin C akan berkurangan jika anda seorang perokok, gemar minum kopi dan teh, air kelapa serta alkohol,

  12. Suntikan vitamin C bersama Glutatione dan kolagen bertujuan untuk memutihkan kulit dan keanjalan kulit masih belum dapat dipastikan keberkesanannya.

  13. Sentiasa bertanya kepada pakar perubatan atau pakar farmasi untuk rujukan vitamin yang ingin anda kosumi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel-artikel terkini

Facial Treatments Near Me
Beauty

Top 5 Rarely Known Benefits of Facial Treatments Near Me

Top 5 Rarely Known Benefits of Facial Treatments Near Me Facial treatments have long been known for their beauty benefits, from clearing up acne to ...
Continue reading
detox facial
Penjagaan diri

Detox Facial: Manfaat untuk Kulit Berminyak & Berjerawat

Detox Facial: Manfaat untuk Kulit Berminyak & Berjerawat Kulit berminyak dan berjerawat sering kali menjadi masalah bagi banyak orang. Faktor-faktor seperti perubahan hormon, pemakanan, stres, ...
Continue reading
medispa near me
Beauty

What Makes a Medispa Near Me Unique? Local Experts Speak!

What Makes a Medispa Near Me Unique? Local Experts Speak! In recent years, medispa treatments have become increasingly popular as people look for effective ways ...
Continue reading